Khamis, 26 November 2009

Okay fine semua pakat post entri pasal Raya Korban.

Semua entri yang sepatutnya di post hari ni, aku tunda lagi hingga hari Isnin. Eh tak. Hari Isnin aku nak tengok New Moon. So mungkin hari Selasa la kot tapi kalau boleh memang nak hari Isnin tapi kalau dah tak boleh nak tak nak kena hari Selasa lah sebab hari Isnin nak tengok New Moon tapi tengok lah kalau hari Isnin boleh aku post hari Isnin tapi kalau tak boleh aku post lah hari selasa tapi.. Zzzzz. Semangat betul korang baca.

Pedulikan. Aku cuma nak cakap, Happy Aidil Adha.

Tahun ni, agak lain bagi aku. Esok, kerana masalah-masalah famili, buat pertama kalinya Hari Raya Korban ni, tak ada lembu untuk di tonton, dipegang dan di korbankan. Mak aku just buat makan-makan di rumah. Mee Soto version special. Memang fav aku. Dan tok(nenek) aku buat ketupat. Kot.

Makhluk ni pun comel.

So hari Sabtu baru korban lembu untuk famili aku akan di lakukan. Tu pun kat Kemaman dan bukannya kat rumah aku iaitu di Kuantan. Dalam 40km dari rumah. Then Sabtu malam tu, pakat-pakat buat BBQ satu famili. Tapi aku sebenarnya tak suka sangat BBQ ni sebab BBQ ni mesti ada sotong, ikan, udang dan ketam apa semua. Dan aku alergi kat makanan laut. Dengan lebih tepat, alergi kat protein hidupan laut. Hais. Zarif dan Nisa pernah cakap, orang yang paling rugi kat dunia ni adalah orang yang tak boleh makan makanan laut. Dia orang berdua memang sepadan.

Dan. Sekarang ni pun dah ramai tak online. Semua pakat buat-buat rajin kemas rumah, buat-buat masak konon reti masak padahal tak reti pun. Dan tak kurang juga yang tengah makan ketupat. Ketupat petang buat, malam dah habis. Raya belum start tapi semua dah licin. Menang bagus awek-awek zaman sekarang.

Okay dah tak ada apa dah nak cakap dah tapi kalau ada aku cakaplah tapi agak-agak dah tak ada. Okay bye.

Comment Here

9 ulasan:

  1. haha..sungguh2 aku baca smpai pening dgn isnin selasa kau..xpe fmly ko xkorban lembu pn sbb org laen msti korban pastu msti dpt daging masak itu ini dr jiran2 c: slmt berkorban jiwa raga

    BalasPadam
  2. salam aidiladha mr k..=)

    BalasPadam
  3. selamat raya... alamak takkan awak hidang potato aja katsini... anyway bosan2 dtg le melawat blog saya

    BalasPadam
  4. rugi gle alergi kat sifud..huhu
    okay..slamat ari raye gak..=)

    BalasPadam
  5. mr k.. gambar tu gambar my fren la ^_^

    BalasPadam
  6. gambar ituh gmbar felo kolej saya?haha..tumpang bangge even xde motip=.="

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.