Ahad, 21 April 2013

Kenapa Perlu Undi PR Jika Anda Penyokong BN.

Assalamualaikum w.b.t


Hello pencacai UMNO dan BN sekalian. Whats up yawwww?! Eh eh. Article ni aku tulis untuk orang-orang BN je. Pencacai PR pi main jauh-jauh. Kalau pencacai PR butthurt, jangan marah, k? Hiks.

Aku tahu tajuk entri aku kali ni agak pelik dan menarik. Tapi let me get this straight. Kalau anda adalah pertama kali singgah kat blog aku or anda dah lama tak baca blog aku, then better korang baca article aku yang INI dulu.

Apa pun, kita semua sedia maklum bahawa PRU yang akan datang ini adalah PRU yang paling besar dan yang paling sengit. Tidak mustahil #IniKaliLah akan berlaku dan tidak mustahil juga bahawa #LainKaliLah yang akan berlaku.

Tapi, di hari yang mulia ini, aku ingin terangkan kat anda semua kenapa, personally aku rasa anda patut undi PR dan bagi PR menang PRU13 ini.

1. Barisan Nasional Memang Tidak Akan Menang.
Walau apa pun yang anda lakukan, BN tetap tak akan pernah menang. Maksud aku, bukan BN tidak akan menang time PRU ni. Peluang untuk menang tu masih ada. Tapi, di mata rakyat Malaysia majoriti, BN memang tidak menang.

Let say this PRU 13, Barisan Nasional menang, mesti akan wujud punyalah isu pengundi hantu, rasuah dan sebagainya. Kalau tak ada isu tu pun, mesti akan wujud isu SPR dikatakan menipu etc. Ya. Mesti wujud. Sebab selagi PR tak menang PRU, selagi itu lah pelbagai isu yang akan diwujudkan oleh parti pembangkang. Dan bila isu penipu, pengundi hantu, rasuah dan sebagainya ini wujud, semua orang akan percaya. Even SPR tunjuk apa-apa bukti sekali pun, rakyat Malaysia tetap tidak akan percaya. Tapi kenapa rakyat Malaysia tetap tidak akan percaya even bukti telah dinyatakan? Sila rujuk point nombor 2.


2. Penyokong PR Terlampau Fanatik.


Pernah tak anda nampak orang-orang BN gatung gambar Najib kat dalam rumah dia? Pernah tak nampak rakyat biasa (penyokong BN) yang gantung gambar pemimpin BN di dalam kedai dia? Maybe ada satu or dua. Tapi amat rare. But, as for PR, some of them adalah fanatik. Sebagai contoh. Kalau anda pergi ke rumah-rumah rakyat biasa yang fanatik terhadap PAS, anda akan perasan dinding rumah terpampang gambar pemimpun PAS.

Anda boleh kata "Dia gantung gambar Ulamak lah. Itu pun nak kecoh." Well, maybe true. Tapi fikir balik, siapa lagi ulamak Malaysia yang dia kenal selain yang aktif dalam politik? Ulama ada seorang sahaja? Then kenapa tak gantung gambar ulamak dan pakar agama lain? They gantung that picture not because of Islam (maybe some does.) but for the major cases, adalah obsesi terhadap parti politik. You can put your rage comment at the comment section below but eventually we all know that this is the truth. Yeah, truth hurts.

But dont get me wrong. Bila cakap pasal fanatik politik, penyokong BN juga ada. Tapi tidak lah terlampau buta. Ianya something like... Anwar vs Najib.

What ever Anuar said, penyokongnya akan mempertahankan perbuatan tersebut. What ever Najib said, penyokongnya juga akan mempertahankan perbuatan tersebut. Let say Anuar kata "Ayam berkaki tiga!". Then Najib pulak kata "Ayam berkaki empat". Then, boom. Masing-masing bergaduh tentang kaki ayam hanya untuk menangkan apa yang diperkatakan oleh pemimpin yang mereka cintai. Tak rasa pathetic ke?

Dan jangan lupa dengan mentaliti dan penerimaan rakyat. Semua ulama yang keluarkan fatwa yang menidakkan tindakan pemimpin mereka, mereka akan kata 

"Ulama tu sesat. Kapir. Dia dibayar". 

Dan bila parti lawan tidak sokong dengan statement dari ulama/ustaz yang membenarkan  tindakan pemimpin mereka, mereka akan kata 

"Ni la manusia akhir zaman. Kata-kata ulamak diperkecilkan. Ini adalah satu satu tanda Kiamat bakal tiba." 

Weird kan? Benda macam ni banyak nampak kat orang PR. Tapi orang BN pun kadang-kadang gitu jugak.

Dan anda mungkin akan tanya:

WTF Mr K. Apa point kau sebenarnya ni? Kau nak kutuk BN ke kau nak apa sebenarnya ni?
Well, relax dude, relax. Tenang dan sila rujuk point nombor 3.


3. Kalah = Buktikan. Once and For All.


Kita semua tahu PAS, PKR dan DAP mejanjikan yang macam-macam. Hukum hudud lah, negara Islam lah, free education la, penurunan harga kereta lah, penurunan taraf hidup lah, turun harga minyak lah. Dan macam-macam lagi tak kira lah yang ada dalam manifesto ataupun tidak.

So, macam mana kita nak tahu bahawa apa yang PR janjikan itu adalah masuk akal atau pun tidak?

Easy. Just let them win. Kalau dieorang menang, kita akan dapat low fuel price, low itu dan low ni. Free itu dan free ini. Nice what? But if they cant provide that, they will lose once and for all at the next PRU. Meaning, after this, PR dah tak wujud. Why? Sebab sekarang penyokong PR meletakan trust 100% kepada PR. Dan once that trust is gone, it will gone for all and PR will never get it back. So, nak tak nak, PR mesti beri semua free itu dan free ini.

Tapi aku bet, banyak janji hanya kekal janji dan penyokong PR akan guna ayat favorite mereka iaitu:

"Eleh, BN memerintah 50+ tahun tak buat benda tu pun?"

Dan ayat ni akan digunakan again and again and again and again and again sehinggalah umur PR memerintah hampir 50 tahun. Trust me. Im always right.

So, the only way untuk buktikan yang PR adalah lebih teruk berbanding BN, adalah dengan memberikannya ruang untuk tunjukan diri mereka yang sebenar.

4. Try and Error.


Korang mungkin akan kata

"Habis tu, kalau nanti Malaysia jadi huru hara macam Mesir macam mana? Mesir at first semua happy ada pemerintah baru dari pembangkang. Tapi selepas beberapa bulan, jadi huru hara makin teruk. So how?

Well, that is the price yang anda perlu bayar. Let say anda undi BN, dan BN akan menang. Pada PRU akan datang, isu sama tetap akan berulang. Orang PAS still kata undi BN adalah kapir etc etc. Or PKR still akan kata BN menang sebab undi hantu. Benda ni tak akan habis sampai bila bila sehinggalah PR menang dan kita sendiri tengok macam mana kenyataan yang sebenarnya. Real? Fake? Hudud? Islam? Free Education?

Walau apa pun, apa yang aku takutkan sekarang adalah andai kata PR menang dan jika PR adalah lebih worse dari BN, rakyat Malaysia akan tetap sokong PR. Why? Again, sebab Fanatik dan Obsesi. But, that is the price yang kita (anda) perlu bayar.

But let me set this clear. I give my word. PR mungkin akan menang this year. Tapi bila bab nak tunaikan manifesto dan janji dia, dia akan delay serta blame it to BN. Tak percaya? Printscreen this and prove me wrong. Dan bila itu berlaku, kepercayaan terhadap PR akan berkurang-berkurang dan semakin berkurang. And when they gone, they will never come back.

That is why aku rasa kita semua patut bagi PR menang this PRU.

Tapi kalau BN still menang, korang boleh lupakan la kewujudan entri aku ni. Hiks. Hiks.


Ahad, 14 April 2013

Kenapa Ramai Hina Pengundi Atas Pagar Ni?

Assalamualaikum w.b.t


Hello Pencacai PR dan Pencacai BN sekalian. Hari ni dah melobi untuk parti kesayangan anda ke belum? Hiks.

Seperti yang kita semua tahu, politik negara kita kini berada dalam era kebangkitan rakyat. Era pembaharuan dan era semua benda boleh dilepas cakap. Tapi dalam banyak-banyak benda dalam dunia politik, aku perasan yang bila cakap bab politik, orang akan inspek seperti:

Kau ni penyokong BN ke penyokong PR?

Dan yang membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa semua orang di Malaysia seolah-olah perlu pick satu side? Kenapa setiap orang di Malaysia perlu pick samaada dia penyokong PR ataupun BN? Tak boleh ke kalau seseorang tu benci BN dan PR? Tak boleh ke seseorang tu jadi neutral?


So Mr Kay. Kau ni penyokong belah mana?
Sejujurnya, aku prefer untuk kata aku ni adalah Pengundi Atas Pagar (More to neutral). Kalau korang bagi aku ketas untuk mengundi sekarang, aku tak tahu aku akan undi siapa. Sebab bagi aku, semua parti politik major di Malaysia adalah sama.  Semuanya suck on the same level. Korang mungkin akan kata "Habis tu, undi je lah PAS. At least undi untuk Islam." Well, kalau anda kata macam tu, memang obvious lah PAS hanya dipergunakan untuk dapat more undi dalam PR. Correct?

Kau tak perasan ke pengundi atas pagar dihina dan dicela gila?
Aku perasan yang ramai gila kutuk pengundi atas pagar kat Facebook dan Twitter. Sebab tu lah ramai yang hanya diam bila isu politik dibuka. Bagi mereka, pengundi atas pagar ni tak ada pegangan. Tak ada hala tuju dan bodoh.


Tapi aku rasa ramai yang tak sedar yang Pengundi Atas Pagar adalah seorang pengundi yang tak berat sebelah seperti anda. Pengundi atas pagar adalah orang yang neutral dan tidak bias. Kalau Parti PR buat silap, dia akan kutuk. Kalau PR buat baik, dia akan puji. Begitulah juga dengan parti BN. Kalau Parti BN buat silap, kutuk dan maki tetap akan berlaku. Tapi anda? Kalau anda penyokong PR, apa yang Anwar buat semua betul.  Semua suci. Apa yang Najib buat semua salah. Begitulah lah juga dengan penyokong BN. Apa yang Najib buat semua terbaik. Apa yang Anwar buat, semua gay.

Kan?

Hanya pengundi atas pagar yang tak buta dengan obsesi politik.

Hanya pengundi atas pagar je nampak bahawa it is so weird bila terlampau banyak video lucah yang keluar seolah-olah mengatakan setiap penyokong pembangkang adalah gay dan setiap ahli BN adalah baik.

Dan, hanya pengundi atas pagar je nampak bahawa it is so weird bila Anwar terlampau suci. Setiap keburukan Anwar Ibrahim adalah satu fitnah. Dan setiap keburukan Najib adalah fakta.

That is why lah bagi aku debat-debat kat TV ke, manifesto ke apa ke semua tu dah tak berapa efektif untuk major improvement. Sebab 99% dari penduduk di Malaysia dah set in their mind dah siapa yang dia nak pangkah time PRU akan datang kan?

Let me ask you something. Andai kata somehow ada bukti yang mengatakan Anwar Ibrahim / Najib Razak sedang buat plan untuk huru harakan negara Malaysia, adakah anda masih akan undi dia? Kalau anda menjawab "Ya", then terbukti lah yang anda dah obses dengan politik.

And then, kalau currently anda masih belum set mind anda untuk undi siapa, itu maksudnya anda masih 'atas pagar'. Sebab banyak orang Malaysia yang aku kenal akan tetap undi sesebuah parti walau apa je keburukan parti tu akan buat.



So, siapa yang akan aku undi nanti? I dont know yet. Still got beberapa hari for them to prove themself.

Question: Anda undi berdasarkan parti atau bedasarkan apa jasa wakil rakyat lakukan di tempat anda?



Selasa, 26 Februari 2013

Apa itu Insurans / Takaful dan Bagaimana Anda di-Tipu.

Assalamualaikum w.b.t


Hello manusia-manusia yang sering dalam angan-angan sekalian. Whats up?

Pernah tak anda terfikir yang sekarang adalah tahun 2013 dan anda masih belum ada Insurans Nyawa (Life insurance)? Pernah tak anda terfikir kenapa majoriti orang cina ada Insurans walaupun dia miskin gila? For example, tahukah anda even lelaki cina tu bekerja sebagai pengutip besi buruk, pengumpul barang recycle dan pekebun, dia ada insurans untuk diri dan setiap ahli keluarga dia?

Wait, what the heck in the Earth is Insurance?
Direct to the point, Insurans dan Takaful adalah basically the same. Ia adalah "Sebuah Perlindungan" yang akan melindungi kewangan korang dari sebarang masalah kemalangan dan kesihatan selagi korang bayar a fix amount for every month. Duit yang anda bayar setiap bulan, akan digunakan untuk pelaburan dan hasilnya di panggil Cash Value. Cash value adalah antara kenapa orang Cina suka ambil insurans. Sebab dengan bayaran sekitar RM100-RM200 sebulan, dia akan dapat insurans dan simpanan jangka masa panjang untuk anak dan family dia sekitar RM20,000 hingga RM50,000++ setiap seorang. Dan duit ni boleh dikeluarkan bila-bila masa. Kalau agent minta % dari duit tu memang sah dia menipu sebab duit tu 100% anda punya.

Ingin sekali aku tekan kan bahawa dalam Insurans, tak ada nilai dan benefits yang tetap. Maksudnya, setiap orang mungkin tidak akan mendapat benefits yang sama. Setiap benefits boleh ditambah, diubah nilai dan dibuang terus untuk merendahkan amount yang perlu korang bayar setiap bulan. Ia jugak diubah untuk fit with your needs. Minimum standard plan berkualiti adalah RM100. But how about maximum? Nahh. You can make to RM1000 if you want to.

Harga Insurans yang perlu korang bayar setiap bulan bergantung kepada:
Umur korang. - Semakin muda korang, semakin sikit korang perlu bayar dan semakin tinggi perlindungan yang korang dapat. Thats why lah masa paling sesuai untuk ambil insurans Takaful adalah ketika masih bayi. harga amat rendah.
Pekerjaan korang. - Kalau pekerjaan bahaya, bayaran bulanan will be slightly higher. Around RM30-50++ higher.
Tahap kesihatan korang - 99% chance anda tak boleh apply insurans jika anda ada kanser dan penyakit kronik.
Lifestyle - Merokok ataupun tidak. Biasa minum arak ataupun tidak. Slightly higher RM required kalau merokok. Tp slightly je la.
Benefits dan Plan yang korang ambil. - More benefits + higher cover value = Higher payment. An Insurans Agent could manipulate this easily and causes you to pay higher amount of money.

Setiap benefits dan harga adalah computer generated. Kalau korang nampak agent korang terus bagi nilai bayaran yang tinggi serta merta, memang ada kemungkinan la yang dia menipu dengan menyuruh anda bayar lebih dari apa harga dan benfits yang anda perlukan.


Dia atas adalah contoh satu plan Takaful untuk seorang gadis comel berumur 25 tahun. Dengan Plan B - RM180 satu bulan, dia akan cool dan tak perlu risau jika...

  1. Dia accident serta perlu bayar bill wards, perubatan serta hospital. - Semuanya di tanggung.
  2. Dia sakit dan tak boleh kerja. Bila tak boleh kerja, tak ada duit nak bayar bil, tengok wayang, shopping dan belanja pakwe makan. - Untuk setiap hari dia tidak dapat ke kerja (MC), dia akan dibayar RM100 perday.
  3. Dia terkena penyakit yang perlukan kos berlarutan sepanjang hidup. Contohnya penyakit kidney dan perlu menjalani dialysis 3 hari seminggu for the rest of her life. - Semua bill dialysis etc di tanggung, sehingga dia masuk kubur or berhenti insurans. 
  4. Dia mengalami penyakit kritikal seperti Sakit Jantung, Stroke, Kanser etc. Once dia di-diagnose terkena apa-apa penyakit kritikal (Even stage permulaan), dia akan dibayar secara pukal. In this case, dia akan terus dapat RM50,000 untuk kegunaan sendiri. Dan ini tidak termasuk kos rawatan. Lain-lain bill dan kos rawatan dan kos susulan, insurans akan bayar pakai duit lain. No hal. Kecacatan, putus kaki, tangan, buta dan sebagainya juga akan ditanggung.
  5. Perlukan duit yang banyak. Setiap linked Takaful / insurans, akan ada Cash Value. In this case, dia akan dapat sekitar RM25k-40k. Kalau pasaran baik, boleh cecah RM50k selepas 30 tahun.

If monthly payment anda adalah around RM200 dan ke atas, then I would like to say that you got your life almost fully covered with money and easiness.

Most Asked Question berkenaan Takaful dan Insurans. 

Adakah Insurans Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful. Sebab itu ramai Agent  Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful.

Banyak kes penipuan dalam Insurans dan Takaful. Apa komen kau?
Penipuan yang berlaku tidak berkait dengan company. Setiap company insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen Insurans yang menipu itu sendiri. Sebenarnya, adalah satu kesalahan dari segi undang-undang Malaysia jika Agen Insurans anda tidak memberitahu perkara-perkara penting sebelum anda sign borang daftar insurans. Dan, ianya juga satu kewajipan untuk agen Insurans menjawab setiap soalan anda. Dan jawab pula, kena jujur serta tak boleh berbelit-belit. Know your rights.

Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik?
Tak ada. Semua company Insurans di Malaysia adalah sama. Kalau beza pun, dalam Rm1-2 ringgit kot. Tapi rasanya tidak ada beza sebab semuanya di bawah 'satu bumbung'.

Apa pelan insurans terbaik yang boleh dibeli?
Tak ada istilah "Pelan Terbaik" sebab setiap pelan akan diconstruct based on diri anda. Bergantung jika anda nak focus kepada perlidungan accident ke, perlindungan kewangan ke, long term saving ke atau sebagainya. Pelan akan di-construct based on apa yang anda nak, dan bajet anda.

Mana bagus, simpanan ASB atau Cash Value Insurans Takaful?
Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Setiap tahun anda boleh dapat deviden yang amat tinggi dari ASB while insurans hanyalah bergantung kepada Cash Value. Itu pun kena tunggu bertahun-tahun baru boleh cecah more than RM10,000. Cuma, kalau anda accident atau terkena penyakit kronik, ASB tak akan dapat membantu bayar RM50,000 untuk satu pembendahan.

Pernah tak korang tengok iklan seumpama ini:



"Kami perlukan sumbangan RM50,000 segera untuk membantu bayar kos pembedahan anak kami yang dalam keadaan kritikal di ICU". 

"Satu keluarga merempat setelah kematian suami dan hilang punca rezeki" 

"Bayi 3 tahun mengalami kompilasi jantung dan perlukan sumbangan iklas RM40,000 dengan segera." 



Well, anda tak akan perlukan iklan dan berita macam tu kalau anda ada insurans. Jika anda masuk hospital disebabkan accident atau apa-apa jangkitan dan penyakit etc, just tunjukkan Medical Card dan serta merta anda akan di-proceed untuk rawatan / pembedahan. Insurans untuk kehilangan punca rezeki pun ada kalau anda mahu.

Based on pelan B Gadis Comel, kalau aku ambil insurans pastu setiap tahun aku masuk hospital, macam mana?
Pelan dia memperuntukan RM50,000 setiap tahun. Maksudnya, setiap tahun anda ada 'simpanan' RM50,000 yang boleh digunakan untuk bayar bil perubatan / hospital je. Tak boleh guna untuk joli. Kalau RM50,000 tu dah habis dan nak guna lagi, dia boleh 'renew'. Tapi kena up harga sikit.


Merujuk kepada pelan Gadis Comel, apa yang akan berlaku jika dia mati ketika accident?
Anak / Waris dia akan mendapat RM50,000 + RM50,000 = RM100,000.

Ada kemungkinan tak insurans tidak cover?
Ada.

Jenayah
Andai kata anda accident ketika lari dari polis setelah kantoi mencuri, itu tidak di cover. Tapi jika anda mati ketika accident tu, ada kemungkinan anda akan dapat pampasan. Dan, andai kata anda bunuh diri kurang dari 7 tahun selepas membeli insurans, ada kemungkinan anda juga  tidak akan mendapat pampasan.

Polisi Lapsed
Andai kata anda tidak membayar premium (RM) bulanan anda, serta merta anda tidak dicover oleh insurans. Sebenarnya, a good agent akan sentiasa mengingatkan anda untuk membayar Insurans setiap bulan kalau client masih belum bayar. But a super good agent akan bayarkan dulu kemudian tunjukan Official Receipt tu kat korang untuk claim dari korang.

Tidak Berkait
Antara bayaran lain yang tak dicover adalah jika ianya request dari anda. Contohnya, korang accident. Kemudian korang minta ubat untuk sakit selesema. Itu MUNGKIN tidak di cover. Untuk sebarang pembedahan kosmetik yang tidak berkaitan dengan kemalangan juga tidak dicover.

Tidak Berkait 2.
Andai kata time drive nak pergi clubbing dengan pakwe makwe bergaya, malaikat datang cabut nyawa anda. Selepas mati tu, kereta tidak dikawal dan anda terus accident  Kalau ada forensik dapat buktikan anda mati sebelum accident, keluarga anda akan dapat pampasan kematian je.

Tidak Inform Pihak Insurans.
Misalkata sebelum ni anda kerja sebagai Guru. Kemudian anda tukar profession anda sebagai Pilot tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, kapal terbang yang anda pandu tu terhempas dan anda cedera teruk, anda tidak akan mendapat pampasan. Kalau mati, hanya dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan tidak akan dapat.

Boleh tak claim insurans kalau kat klinik je tanpa masuk ward?



Tak boleh. Syaratnya adalah masuk ward lebih enam jam dan bermalam (Kalau tak silap. Tapi enam jam tu memang sure). Melainkan, anda tambah benefits yang yang membolehkan anda claim bil klinik. Mungkin kena tambah dalam RM20-RM30 dan ke atas.

Abis tu, rugi la kalau sakit teruk-teruk tak boleh claim?
Sebenarnya, segala bill 30 hari sebelum masuk ward dan 90 hari selepas masuk ward untuk satu kes utama, boleh di claim balik.

Sebagai contoh:
  • Anda pergi klinik untuk check sakit kepala. X-ray bagai. Kena RM500 ringgit. - Anda tak boleh claim. 
  • Next week, sakit makin teruk, anda pergi lagi klinik tu. Doktor bagi rawatan power. Kena RM1500 - Anda tak boleh claim.
  • Jumlah bill RM2000
  • Another next week, sakit kepala makin teruk. Anda pergi hospital, doktor kata "Teruk sangat dah ni dik." Kemudian doktor suruh anda masuk ward. 
  • Once korang masuk ward, semua bill klinik etc (in this case RM2000, boleh di-claim). Dengan syarat, ianya berkait dengan sakit anda masuk ward. Jangan la korang masuk ward sebab sakit jantung tapi korang pi claim sakit mata. Memang nak kena ah tu.
  • Dan semua bill di hospital tu dibayar directly oleh syarikat insurans. Anda MUNGKIN perlu bayar diposit terlebih dahulu kepada hospital swasta yang kemudiannya boleh diclaim balik.


Apa sebenarnya tugas Agent Insurans.
The truth is, fungsi agen Insurans adalah jaga anda. Dia akan buat semua benda untuk dapatkan apa yang anda nak dengan menggunakan Insurance. Contohnya, dia nak keluarkan RM10,000 dari polisi dia; semua borang dan kelengkapan adalah tugas agen untuk sediakan, dan sumbit sehingga anda dapat cheque.

Jika hari ni aku beli insurans, selepas tu esok lusa aku mati accident, adakah anak / keluarga aku akan dapat RM100,000 tu?
Ya jika ianya telah di approved dan dah diregister didalam sistem. Tapi aku tak rasa anda akan beli insurans because of this. Sebab orang Melayu akan kata

"Aku dah mati, duit tu bukan dapat kat aku pun. Family aku yang dapat. So buat apa aku ambil insurans nyawa?" 

Berbeza dengan bangsa lain yang memang tak nak anak, isteri dan keluarga dia merempat andai kata dia mati / lumpuh etc. Sadly, tak ramai ketua keluarga beragama Islam berfikiran macam ni. Mostly akan berfikir pasal diri dia je. That's the truth.

Tapi sebenarnya, orang di Malaysia beli insurans untuk saving dan perlindungan kesihatan. Sebab kos rawatan di hospital swasta amat mahal.

So, kalau aku tak sakit dan tak claim apa-apa sampai tua, rugi lah aku.
Sebenarnya tidak, apa yang anda bayar, anda akan dapat balik termasuk dengan pelaburan dan saving (EDIT: Maybe not 100% - I will confirm this later) Ini anda akan dapat setelah tamat kontrak insurans. Dan jika anda dah pernah buat apa-apa withrawal dari Cash Value, baki yang masih belum di keluarkan akan di tukarkan ke bentuk cheque dan diberikan kepada anda. Dengan kata lain, jumlah Maturity cheque adalah lebih banyak dari jumpa overall yang anda bayar secara keseluruhan.

Dengan kata lain, duit anda tetap anda dapat. Tak ada unsur riba, judi dan sebagainya.

Kalau aku ada silap fakta, sila bagi tahu ya?

Anda boleh click here kalau nak beli Insurans Takaful Islam.



Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger